Sakit memang tak 'best'.Siapa yang suka sakit,kan?Kalau boleh,hari-hari kita nak sihat,nak hepi macam kanak-kanak riang(tapi dah dewasa,tak boleh buat perangai macam kanak-kanak.Tak elok tu).
Lumrah kehidupan,hidup tak selalunya sihat.Kalau tak dijadikan 'sakit',kita takkan hargai erti 'sihat'.Bila kita sakit,baru kita sedar,
"Waktu sihat ari tu,aku selalu ponteng puasa.Bila sakit,baru ingat nak balik semula ke pangkal jalan."
"Time' aku sihat dulu,aku takde buat kerja kebaikan ni,Asyik nak kutuk orang je hari-hari.Bila jatuh sakit,barulah sedar yang banyak kesilapan aku buat dulu-dulu."
Cuba lihat contoh-contoh di atas,itulah pentingnya ada 'sakit' kat dalam hidup kita.Kadang-kadang,sakit yang kita alami itulah yang akan kembali membawa kita menjadi insan yang lebih baik;Berubah ke arah yang lebih baik dan tak nakal-nakal lagi.
Mungkin bila kita jatuh sakit juga,Allah ampunkan dosa-dosa kita dan sebagai wasilah untuk meningkatkan darjat kita di sisiNya.Itulah hikmahnya dijadikan sakit,walaupun tak best,tapi yang tak best itulah memberi banyak kebaikan kepada kita....Ya,kebanyakan perkara yang selalu buat kita sedih,yang membuat kita kecewa,yang membuat kita menangis,yang membuat kita menderita.....itulah yang selalu menjadi pembuka pintu kebahagiaan.....realitinya selalu begitu.
Sakit,musibah,atau apa saja bala mendidik kita untuk menjadi sabar,tabah dan menghargai kehidupan ini;menyatakan bahawa dalam hidup ini kena selalu bersyukur sebab segala nikmat dan kebahagiaan itu terletak dalam mensyukuri setiap pemberianNya kepada kita...
"Kalau manusia tidak pernah diuji dengan sakit dan pedih,maka ia akan menjadi manusia ujub dan sombong.Hatinya menjadi kasar dan jiwanya beku.Kerana itu,musibah dalam bentuk apapun adalah rahmat Allah yang disiramkan kepadanya,yang akan membersihkan karatan jiwanya dan menyucikan ibadahnya.Itulah ubat dan penawar kehidupan yang diberikan Allah untuk setiap orang beriman.Ketika ia menjadi bersih dan suci kerana penyakitnya,maka martabatnya diangkat dan jiwanya dimuliakan.Pahalanya pun berlimpah-limpah apabila penyakit yang menimpa dirinya diterimanya dengan sabar dan ridha."
[Ibn Qayyim]
Semoga kita termasuk di dalam golongan hamba-hambaNya yang selalu bersyukur di atas segala nikmat dan kurniaanNya....sakit itu nikmat pada hakikatnya;untuk mendidik nafsu ke arah kebaikan kerana nafsu selalu suka pada perkara-perkara yang menyenangkan sedangkan kebanyakan perkara yang senang-senang itu selalu menjadi jalan kepada keburukan,dan kebanyakan perkara yang pahit-pahit itu selalu menjadi jalan kepada kebaikan.
'To get what you love,you must first be patient with what you hate'
[Imam Al Ghazali]
"Pukulan seseorang kekasih,bukanlah menzalimi"
[Imam Sahl ibn Abdullah at-Tusturi,radhiyaLlahu anhu]
Fb:hazanutz Slay
(pengurus editor ilmi-islam)




No comments:
Post a Comment